2010/11/24

Eh,kau kenal aku ke??

*credits to google image

Malam tadi aku dah pun set kan reminder pada talipon bimbitku untuk memperingatkan aku bahawa pagi ini aku ada kelas memandu. Tepat pada waktunya aku pun dengan slow motion nye bangkit dari tempat tidurku. Bangun sahaja dari katil terus mencapai tuala yang tersangkut di pintu dan menuju ke dapur melihat sajian untuk sarapan pagiku. “Hah?cekodok bilis?", kataku sendirian,boleh la asalkan dapat alas perutku yang kosong walaupun kebiasaannya aku sarapan pagi selepas pukul 10,haha..memang kiranya dah dianggap makan tengah hari. Habis sahaja mandi dan bersiap tengok atas meja ada nasi lemak,”aik,sejak bila ada nasi lemak tadi cuma cekodok je”. Ibuku pun membalas “adik kau yang beli tadi ,masa kau tengah mandi”. Huh,ape lagi aku pun sudu di dapur dan makan di depan sambil menonton televisyen. Huh,perut sudah kenyang dan tak larat untuk meneruskan suapan. Selesai saja makan ibuku pun menghantarku ke pusat memandu untuk menjalani latihan.


*credits to google image

Jam menunjukkan tepat pukul sembilan pagi kami pun sampai di pusat memandu,“hehe…” tersengihku sendirian,memang tepat masa yang aku uruskan. Aku memang mengikut sifat ibu bapaku yang suka menepati masa. Setibanya di sana,pengajar yang mengajarku memandu sudah sedia menantiku untuk memulakan latihan bersama rakan yang sama tempat tinggal denganku. Sememangnya aku tidak kenal rakan-rakan yang sama tempat tinggal denganku itu,maklumlah selepas sekolah rendah aku meneruskan pembelajaran di sekolah menengah yang dekat dengan tempat tinggal dan seminggu selepas itu aku di tawarkan belajar di sekolah berasrama. Habis sahaja sekolah menegah aku sambung pengajianku di kolej swasta dengan hanya berbekalkan 4A dan bla bla bla. . . memang sukar bagiku untuk memasiku IPTA. Apa boleh buat sudah bukan rezekiku. Jadi,memang jarang aku pulang kerumah,dan jarang keluar bertemu dengan rakan-rakan sekampung.


*credits to google image

Aku melihat kereta yang akanku pandu itu,kereta kancil iaitu sememangnya kereta yang akan dipandu oleh semua pemandu untuk mendapatkan lesen memandu kereta. Aku pun masuk kedalam kereta yang berisikan 5 orang,1 perempuan dan 4 lelaki termasukku,“alahai,sempitnye takpelah sekejap je” bisik hatiku sendirian. Seperti biasa suasana belajar memandu pengajar akan menegur setiap kesilapan kami ketika memandu di jalan raya,habis sahaja bergilir-gilir memandu kami pun sampai di pusat memandu itu semula. Tiba pula masanya untuk memandu di litar kami diberikan sedikit taklimat, macam biasalah apa yang pengajar akan cakap bagi tips itu ini dan menunjukkan cara memandu dilitar. Selepas itu kami disuruh memulakan latihan dengan berdua-dua,seorang memandu sebelah pula sebagai penunjuk dan pemerhati dari dalam. Sampai saja giliran aku untuk memandu ada perempuan yang akan bersamaku di dalam kereta sebagai penunjuk dan pemerhati,”alamak,lemahnyelah aku dengan perempuan…”, yang sememangnya aku jarang dan segan untuk menegur atau berkata-kata dengan perempuan yang tidak dikenali.


Aku pun memulakan latihan memandu,didalam kereta kami tidak bertegur sapa,seminit selepas itu mulalah sesi berdialog.


”Nama kau ape eh?” aik tiba-tiba aku mula bersuara bertanyakan namanya,aku pelik sejak bila aku berani menegur perempuan dan aku selalu menggunakan ‘aku’ dan ‘kau’ sahaja bila bercakap dengan perempuan.

”Alynn…”,jawabnya dan terus berkata “alah aku kenal kau,nama kau Aizat kan,yang duduk dekat taman bla bla…”.

”A’ah…ha,kau kenal aku eh?”,balasku dan aku hanya mengaku itu namaku walapun nama sebenarku ‘Izzat’ tapi takpelah asalkan dekat bunyinye.

”Yelah aku kenal kau lah,aku perasan sebab kite kan sama sekolah rendah dekat Al-Hilal dulu”, katanya.“Kau sekarang duduk kat mana?”, dia bertanya.

”Kat taman tu lagi lah”,jawabku dan bertanya,”Umur kau berapa eh?”.

“Laaa,kite sebaye lah..kan aku sama kelas dengan kau dulu,ha betol kite sama kelas” ujarnya.

Oh,yeke?aku tak perasan pulak”, balasku.

“Memanglah kan time tu kite kecik2 lagi mane nak perasan bila dah besar”,ujarnya lagi dan bertanya “kau belajar kat mane eh?”.

”Kat kolej swasta,kat N9,bapak ah mahal giler!”, kataku.

“Yela kan namanye swasta metilah mahal,kau ni!” balasnya.

“Kau pulak belajar kat mana?”, aku bertanya.

“Aku pon blaja kat kolej gak,kat KPTM…”, jawabnya lagi.

Kami pun terus berbual didalam kereta hinggalah gilirannya untuk memandu. Aku pun sempat mengucap “selamat maju jaya tau :P”. Sebelum tamat latihan memandu aku sempat meminta fesbuk nye dengan alas an aku nak mencari rakan-rakan sekolah rendahku yang lain. Yelah zaman sekarang kan semuanya canggih, kalau dulu asek2 minta nombor telefon.

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

Drop Ur Link Here!

Drop Ur Link Here!