2010/04/20

Kewajipan Menuntut Ilmu



Dalam menjalani kehidupan sebagai manusia, kita sudah dibekalkan pelbagai tanggungjawab dari segala segi. Sebagai contoh kita pada kecil sudah diberikan tanggungjawab sebagai anak yang harus patuh dan taat kepada orang tua. Tidak lupa juga tanggungjawab sebagai seorang muslim.Begitu juga tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak. Kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim penuh dengan adab-adab yang indah.

Apabila kita meningkat dewasa tanggungjawab semakin berat dan tanggungjawab seseorang itu memang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Apabila bila ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan ilmu, lalu anak-anak mereka sudah mendapat tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tetapi harus diingatkan menuntut ilmu perlulah ikhlas kerana Allah S.W.T.

Apa yang diketengahkan di dalam topik ini mengenai tanggungjawab pelajar terhadap akhlak guru dan ibu bapa. Terdapat banyak tanggungjawab seorang pelajar atau penuntut ilmu terhadap dirinya dan orang sekeliling. Seperti perihal adab-adab menuntut ilmu, mengenali apa yang salah disisi menuntut ilmu dan seumpamanya.

Sehubungan itu kita sebagai manusia yang sering alpa harus sentiasa peka dan mengetahui tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan seorang muslim jika mahu berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

Drop Ur Link Here!

Drop Ur Link Here!