Asslaamualaikum dan salam satu Malaysia semua pembaca,entri untuk kali ini berkenaan hubungan Anak dan Ibu.Peningkatan usia,perubahan hidup dan corak pemikiran kita mempengaruhi cara kita berhubung dan berkomunikasi dengan ibu kita.Ibu adalah insan yang mengandung dan melahirkan kita,jasanya begitu besar sekali kepada kita.Persoalannya,kita sebagai anak sudah menjalankan tanggungjawab dan 'amanat' kita terhadap ibu kita?
Disini ada beberapa cara yang mudah untuk kita menghargai jasa ibu yang melahirkan kita:
1.Paling penting adalah sentiasa menghormati ibu.Kekalkan rasa hormat biarpun berlaku sebarang perselisihan faham.
2.Mengingati ulang tahun hari lahirnya mahupun ulang tahun perkahwinannya.Jika tiada hadiah,ucapan yang ikhlas dan penuh dengan kasih sayang pun sudah memadai.
3.Jika tinggal berjauhan,hubunginya sekurang-kurangya sekali sehari.
4.Pada hujung minggu apa kata kita membantunya memasak,memgemas rumah ataupun apa saja yang boleh membuatkan hatinya senang dan gembira.
5.Jika sudah berumah tangga dan mempunyai anak,rajin-rajinlah pulang ke kampung bersama keluarga bertemu dengannya.
6.Minta pandangannya apabila anda ingin membuat sebarang pilihan atau keputusan.Ia boleh membuatkan ibu kita rasa dihargai.
7.Beri perhatian tiap kali dia bercakap dengan kita.Sama ada kita setuju atau tidak dengan pandangannya,teruskan mendengar.Sesetengah ibu suka membebel,yang pasti ereka hanya inginkan yang terbaik untuk kita.
8.Salam,peluk dan cium ibu setiap kali kita bertemu atau keluar rumah.
9.Jangan tunjuk rasa marah kepadanya apabila berlaku sebarang perselisihan faham dengannya.
10.Jangan bermasam muka di hadapannya jika sedang dirundung masalah.Kadang-kadang ibu yang terlebih risau boleh menjejaskan kesihatannya.
11.Jika hidangan yang disediakan tidak memenuhi selera kita,tidak perlu beritahunya.Jamah sedikit sudah memadai,hargai usahanya menyajikan makanan untuk kita.
12.Luangkan masa bersamanya sambil melakukan aktiviti masing pada hari lapang,misalnya ibu kita membaca buku,dan kita di sisinya melayari internet.
13.Sentiasa melemparkan senyuman sudah cukup untuk menyejukkan hati ibu kita.
14.Kerap luangkan masa bersembang-sembang dengan ibu kita.
15.Sama ada ibu anda masih ada atau tiada,doakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.
Alangkah bahagia hatinya jika anak yang dikandung menghargai dan menghormati dirinya.Ibu,engkaulah Ratu Hatiku!