2010/08/17

Di Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum sahabat2 semua!
Wuu,rase sejuk la pula malam ni sebab hujan yang turun tak mau berhenti,nasib baiklah renyai2 saje,hahah..katak pula berbunyi "meow2" mungkin sebab dorg pun pose jugak kot!(tekak kering).Kalau tak,lena lah tidurku malam ni kang tak pasal2 sahur tah kemane kelas pun melepas..tapi due ni mesti kena buat esok!satu sahur n satu lagi pergi kelas,esok kelas 5 jam direct banyak lagi kerja yang kena disiapkan tuuu..harap2 roomateku Nizam bangun awal utk kejutku bangun bersahur di pagi hari nanti,huhu~
Okayh2,dah jauh melencong nih!berbalik kepada tajuk di atas.kali ini is44c nak kongsi tentang info,tips,persediaan apa yang perlu dilakukan sepanjang bulan ramadhan ni:
Iman
  1. Taubat yang benar (istighfar,berniat menjauhi dosa dan meninggalkan maksiat).
  2. Perbanyakkan bersabar dan beramal jariah di bulan Ramadhan.
  3. Banyyakn berzikir & membaca Al-Quran (cth:meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
  4. Mujahadah untuk bangun malam.
Ilmu
  1. Membaca buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan,rahsia,dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
  2. Mendengar ceramah2 dan tazkirah dibulan Ramadhan.
  3. Mengulangkaji surah2 yant telah dihafal,sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
  1. Bersedia berkongsi cerita tentang kelebihan2 di bulan Ramadhan.
  2. Menghadiri majlis ilmu di masjid2 samada sebagai penceramah atau pendengar.
  3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
  4. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk orang ramai tentang amalan yang patut dilakukan di bulan Ramadhan.
Keazaman
  1. Menjadikan hari2 di bulan Ramadhan ini,lebih baik dari hari2 biasa.
  2. Sentiasa memakmurkan rumah Allah,pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
  3. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
  4. Menghadirkan niat beramal soleh di bulan puasa.
Jihad
  1. Merealisasikan matlamat 'Bersungguh2 melawan nafsu'.
  2. Menjaga lidah dari berkata keji,mengumpat,dan mencaci.
  3. Menahan syahwat dari perkara yang haram.



InsyaAllah...

Skyline in cities around the world

Salam semua rakan2,hee..time bosan2 macam ni lah is44c baru nk jenguk blog ni.Arini saje je nak kongsi info2 dimana haritu rakan karib is44c iaitu Aimman ade bagi link ni,sebab time kelas Design Project haritu lecture ade la kongsi2 info pasal bangunan2 yang menarik diseluruh dunia ni,phew punyalah menarik minat bila tengok bangunan2 yang cantik2,pelik2,smart2 tuh,tetapi yang pastinya semua bangunan2 tu ade history disebaliknya dan kenapa dibina.Time tengah mengajar tu lecture pun adelah sentuh pasal building skyline.
So,Aimman pun buatlah sedikit research tentang building skyline nih dan dye pun bagi kat is44c link tuh..kemudian is44c pun nak juga kongsi dengan anda semua.Yang pastinya di Malaysia terdapat dua bandar yang tersenarai dalam Comparison of the top skylines in cities around the world iaitu Kuala Lumpur,17 dan juga Penang Island(Pulau Pinang),66.Bangga jugaklah kan jadi rakyat Malaysia,yelah dalam banyak2 negara didunia ni Malaysia pun ade tercatat jugakan.Cuba tengok gambar skyline kat bawah ni,
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Building Skyline


Pulau Pinang
Penang Island Building Skyline

Kalau nak tengok building skyline dari bandar2 di negara lain sila buka link ini Skyline Ranking.

Blog Award!

interesting blog award


1.Say thanx kat orang yang sudi tag tu..jangan lupe link kan sekali yer
Saya ucapkan terima kasih banyak2 lah ye kat tuan punya blog ni Semesta Soresen sebab sudi beri award ni pada saya :D

2.Tag 15 orang blogger yang anda pikirkan olalala tropika! fantastic bola bola! yaa reba ya rebba! hehehe..
Bab yang ni pula saya tak mau la tag sape2,sebab bagi saya sume blog ada keunikannya masing2 kan.

3. Kene bagitau insan-insan yang bertuah kat atas ni menerusi chatbox dorang.
Harus!!!

2010/08/10

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Salam to all Muslim,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak (1431 Hijrah)
dan menjalani ibadah puasa,
Moga amalan kita di bulan yang mulia ini diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T
ramadhan2010
Target saya Bulan Ramadhan ini:
*Puasa penuh!
*Banyakkan amal ibadat!
*Dapatkan nikmat berpuasa!
*Berpuasa n berbuka bersama family(sedihnye xdpt blek slalu..wuuu :( )
~:.......................................:~
Sekali lagi saya mengucapkan,
"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua,rakan-rakan dan sahabat."

Dari: izzat[is44c]

2010/08/01

Sejuk Perut Ibu Mengandung

ibudananak

Asslaamualaikum dan salam satu Malaysia semua pembaca,entri untuk kali ini berkenaan hubungan Anak dan Ibu.Peningkatan usia,perubahan hidup dan corak pemikiran kita mempengaruhi cara kita berhubung dan berkomunikasi dengan ibu kita.Ibu adalah insan yang mengandung dan melahirkan kita,jasanya begitu besar sekali kepada kita.Persoalannya,kita sebagai anak sudah menjalankan tanggungjawab dan 'amanat' kita terhadap ibu kita?
Disini ada beberapa cara yang mudah untuk kita menghargai jasa ibu yang melahirkan kita:

1.Paling penting adalah sentiasa menghormati ibu.Kekalkan rasa hormat biarpun berlaku sebarang perselisihan faham.
2.Mengingati ulang tahun hari lahirnya mahupun ulang tahun perkahwinannya.Jika tiada hadiah,ucapan yang ikhlas dan penuh dengan kasih sayang pun sudah memadai.
3.Jika tinggal berjauhan,hubunginya sekurang-kurangya sekali sehari.
4.Pada hujung minggu apa kata kita membantunya memasak,memgemas rumah ataupun apa saja yang boleh membuatkan hatinya senang dan gembira.
5.Jika sudah berumah tangga dan mempunyai anak,rajin-rajinlah pulang ke kampung bersama keluarga bertemu dengannya.
6.Minta pandangannya apabila anda ingin membuat sebarang pilihan atau keputusan.Ia boleh membuatkan ibu kita rasa dihargai.
7.Beri perhatian tiap kali dia bercakap dengan kita.Sama ada kita setuju atau tidak dengan pandangannya,teruskan mendengar.Sesetengah ibu suka membebel,yang pasti ereka hanya inginkan yang terbaik untuk kita.
8.Salam,peluk dan cium ibu setiap kali kita bertemu atau keluar rumah.
9.Jangan tunjuk rasa marah kepadanya apabila berlaku sebarang perselisihan faham dengannya.
10.Jangan bermasam muka di hadapannya jika sedang dirundung masalah.Kadang-kadang ibu yang terlebih risau boleh menjejaskan kesihatannya.
11.Jika hidangan yang disediakan tidak memenuhi selera kita,tidak perlu beritahunya.Jamah sedikit sudah memadai,hargai usahanya menyajikan makanan untuk kita.
12.Luangkan masa bersamanya sambil melakukan aktiviti masing pada hari lapang,misalnya ibu kita membaca buku,dan kita di sisinya melayari internet.
13.Sentiasa melemparkan senyuman sudah cukup untuk menyejukkan hati ibu kita.
14.Kerap luangkan masa bersembang-sembang dengan ibu kita.
15.Sama ada ibu anda masih ada atau tiada,doakan kesejahteraan dan kebahagiaannya.

Alangkah bahagia hatinya jika anak yang dikandung menghargai dan menghormati dirinya.Ibu,engkaulah Ratu Hatiku!
Related Posts with Thumbnails

Drop Ur Link Here!

Drop Ur Link Here!