2010/01/07

Kewajipan menuntut ilmu



Dalam menjalani kehidupan sebagai manusia, kita sudah dibekalkan pelbagai tanggungjawab dari segala segi. Sebagai contoh kita pada kecil sudah diberikan tanggungjawab sebagai anak yang harus patuh dan taat kepada orang tua. Tidak lupa juga tanggungjawab sebagai seorang muslim.Begitu juga tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak. Kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim penuh dengan adab-adab yang indah.

Apabila kita meningkat dewasa tanggungjawab semakin berat dan tanggungjawab seseorang itu memang telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Apabila bila ibu bapa menunaikan tanggungjawab mereka untuk memberikan ilmu, lalu anak-anak mereka sudah mendapat tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Tetapi harus diingatkan menuntut ilmu perlulah ikhlas kerana Allah S.W.T.

Apa yang diketengahkan di dalam topik ini mengenai tanggungjawab pelajar terhadap akhlak guru dan ibu bapa. Terdapat banyak tanggungjawab seorang pelajar atau penuntut ilmu terhadap dirinya dan orang sekeliling. Seperti perihal adab-adab menuntut ilmu, mengenali apa yang salah disisi menuntut ilmu dan seumpamanya.

Sehubungan itu kita sebagai manusia yang sering alpa harus sentiasa peka dan mengetahui tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan seorang muslim jika mahu berjaya di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

2010/01/05

Stress??



Definisi: Stres adalah reaksi tubuh terhadap perubahan yang memerlukan fizikal, mental atau emosional response.Stress boleh datang daripada segala situasi atau pemikiran yang membuat anda merasa frustrasi, marah, gugup, atau anxious. Bergantung pada tekanan dan jenis perubahan atau peristiwa yang kita hadapi, stres boleh wujud pada diri secara fizikal, emosi dan / atau mental.Berurusan dengan penyakit serius atau merawat seseorang yang boleh menyebabkan banyak stres.

Tegangan dan permasalahan dalam hidup itu biasa, namun yang pasti, untuk menghadapi itu semua, kita harus mempunyai tubuh fizikal yang baik, mental dan fikiran.Kita juga harus tahu dan faham mengenai stress, iaitu stress tidak akan menyelesaikan masalah.Namun kadang kala, tenaga dalam tubuh dan fikiran kita tidak menentu, saat kita lemah stress boleh mendatangi kita. Perkara tersebut boleh terjadi sekiranya kekurangan ketenangan dan kedamaian dari dalam diri kita,kerana gangguan dalaman boleh mempengaruhi tingkahlaku sekaligus boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Secara psikologi akibat-akibat stress disebabkan oleh beberapa faktor:

+Ketakutan yang tidak diketahui apa sebabnya,dan tidak mampu mengenal pasti puncanya dan mengawalnya.

+Kekurangan sesuatu,atau orang-orang yang kita sayangi tidak menyenangkan hati kita,serta kita tidak dapat menerima kekurangan itu

+Tidak mampu menempuh masa depan,sehingga boleh menjadi lebih stress jika membuat pandangan yang terlalu jauh kehadapan.

+Konflik-konflik kehidupan,dalam fikiran,dan kegagalan untuk menerima sesuatu realiti.

Perkara tersebut boleh terjadi sekiranya kekurangan ketenangan dan kedamaian dari dalam diri kita,kerana gangguan dalaman boleh mempengaruhi tingkahlaku sekaligus boleh memberi kesan kepada kesihatan.

Jika pemahaman terhadap konsep,punca dan cara mengatasi stress ada dalam diri setiap insan,maka insan itu akan sentiasa rasa tenang dan tenteram.Oleh itu,tanamkan rasa kesyukuran dan kesabaran dalam diri kita masing-masing.Agar kita tidak mengeluh ketika ditimpa cubaan dan tidak terlalu gembira sehingga lupa pada Tuhan ketika mendapat limpahan rahmat.

"SeLaMaT TaHuN BaRu 2010"



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua warga Malaysia juga kepada penduduk dunia..Tak terasa sudah sampai penghujung tahun 2009 dan kita telah memasuki tahun baru 2010.Oleh itu,marilah kita renung-renungkan samada kita gunakan masa yang ada pada tahun 2009 dengan bermanfaat ataupun tidak.Moga apa yang kita lakukan pada tahun yang lepas mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t.

Bersyukurlah kita kehadrat Allah s.w.t kerana telah memberikan kita kehidupan didunia yang sementara dan diberikan pinjaman oleh Allah s.w.t untuk kita melakukan amal ibadat,kebajikan,menuntut ilmu yang berguna dan melakukan kebaikan untuk bekalan diakhirat kelak.Dan janganlah kita semua leka didunia yang sementara ini masih tidak terlambat untuk kita berubah demi mencapai impian yang dihajatkan dan kearah kebaikan.

Janganlah kita biarkan masa yang ada pada tahun 2010 ini berlalu dengan sia-sia.Semoga pada tahun 2010 ini dapat kita sama-sama memperbanyakkan amalan ibadat,kebaikan,memperbaiki kelemahan diri dan tidak mengulangi kesilapan yang telah berlaku pada tahun yang lepas.Akhir kata dari saya,dengan lafaz 'bismillah' saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 buat semua umat dunia.


sekian,
izzat[is44c]
Related Posts with Thumbnails

Drop Ur Link Here!

Drop Ur Link Here!